Benteng Foxes tetap kukuh walau Fofana puasa

Iklan
Wesley Fofana

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers yakin benteng pertahanan The Foxes akan tetap kukuh pada aksi berdepan Crystal Palace di Stadium Kings Power pada awal pagi Selasa, biarpun pemain pertahanannya, Wesley Fofana sedang menjalani ibadah berpuasa.

Menurut Rodgers, biarpun pemain kelahiran Perancis itu berpuasa, namun dia dilihat masih tetap berjaya mengawal benteng The Foxes dengan baik agar tidak dibolosi jentera serangan lawan ketika menewaskan West Brom 3-0, pada Jumaat termasuk ketika berdepan Southampton bagi aksi separuh akhir Piala FA,19 April lalu.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, jelas ibadah berpuasa tidak akan menghalang langsung bagi mana-mana pemain untuk tidak beraksi cemerlang dan malah, aksi yang dipamerkan adalah jauh lebih baik.

"Saya telah bekerja dengan ramai pemain daripada pelbagai agama dan dengan pelbagai kepercayaan.

Iklan

"Bagi Fofana yang menjalani ibadah puasa, saya dapati dia memang menunjukkan persembahan yang mengkagumkan ketika latihan mahu pun ketika beraksi walau pun tidak makan dan minum sepanjang hari.

"Bagi saya, dia pemain yang istimewa buat kami dan kami memang kagum selain menghormati sepenuhnya kerana dia mampu beraksi dengan lebih baik walaupun berpuasa,” katanya.

Iklan

Rodgers berkata demikian bagi merujuk aksi cemerlang dipamerkan Fofana ketika berdepan West Brom, Jumaat lalu.

Sementara itu Rodgers berharap kesebelasan Leicester City dapat memberikan aksi terbaik ketika berdepan Crystal Palace bagi memastikan kemenangan.

"Kemenangan dengan Crystal Palace nanti sesuatu yang baik buat kita kerana ia diharapkan ia dapat memberikan suntikan semangat kepada kita untuk meneruskan rentak cemerlang kita musim ini,” katanya.