Empat tentera maut di Kashmir

Iklan
Pertempuran selama beberapa dekad antara tentera dan kumpulan pemberontak di Kashmir telah meragut puluhan nyawa.

SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya empat tentera terbunuh, semalam dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pemberontak di wilayah bergolak Kashmir empat hari selepas serangan berani mati meragut puluhan nyawa tentera.

"Seorang tentera turut cedera dalam kejadian itu. Insiden itu berlaku selepas tentera melepaskan tembakan amaran hingga mencetuskan pertempuran di daerah terletak 40 kilometer di selatan Srinagar. Kesemua pemberontak dipercayai berjaya melarikan diri," kata pegawai kanan polis.

Iklan
Iklan

Sejak Khamis lalu, tentera telah melancarkan operasi memburu militan selepas kejadian serangan bom menyasarkan konvoi tentera itu mencetuskan konflik baharu antara India-Pakistan. - AFP

Iklan
Iklan