Alan terpaksa gantung but

Iklan
Alan ketika beraksi menentang Perak dalam saingan Piala FA dua tahun lalu dan bakatnya mendapat perhatian peminat ketika itu.

JERANTUT - Penjaga gol utama Jerantut FA, Muhamad Rodzlan Arbae, 34, akur dengan ketentuan ALLAH apabila kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan pada Jumaat lalu.

Akibat kejadian itu juga, yang juga, Alan yang bekerja di Majlis Daerah Jerantut (MDJ) terpaksa menggantung but selamanya.

Iklan
Iklan

Nama Alan mula menjadi sebutan peminat bola sepak di daerah ini apabila mempamerkan aksi hebat ketika pasukannya menentang Perak dalam saingan Piala FA dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, Rodzlan atau lebih mesra dengan panggilan Alan menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 menuju ke tempat kerjanya di MDJ sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain berhampiran simpang Taman Ria, di sini.

Iklan

Muhamad Rodzlan mendakwa motosikal yang datang dari arah pusat bandar itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikalnya sehingga menyebabkan kaki kirinya cedera parah.

Alan kini menerima rawatan di Hoshas akibat kemalangan tersebut.

"Selepas kemalangan itu, saya terkejut melihat bahagian betis kiri cedera teruk dan sudah terbayang kaki ini akan dipotong.

Iklan

"Sebaik tiba di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh jangkaan saya tepat apabila kaki terpaksa dipotong kerana berlaku banyak pendarahan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mengakui tidak menyangka akan kehilangan kaki tersebut, Muhamad Rodzlan reda dengan ujian yang diterima.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang memberi kata-kata semangat untuk saya meneruskan hidup selepas ini serta sumbangan kewangan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, satu tabung sumbangan telah digerakkan untuk membantu Alan terutama bagi tujuan rawatan.