KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dikenakan di tiga kawasan di Pakan, dalam bahagian Sarikei, bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Rh. Mathew, Lubok Pisang dan Rh. Dinggai, Sungai Amut Atas yang bermula sejak 22 April lepas dan dijadual berakhir 5 Mei.