Tolonglah jangan tambah kemurungan di hari raya

Iklan

MERAK Jalanan tertarik dengan hasrat seorang jutawan kosmetik terkenal di negara ini untuk menerbitkan sebuah lagu sempena Aidilfitri.

Menerusi satu kenyataan, usahawan tersebut bertekad untuk keluarkan lagu raya yang baru setelah dia rasa ‘ramai yang rindu kesedapan nyanyiannya’.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan tidak mahu sebut nama usahawan itu tapi tentu ramai yang tahu lelaki berusia 34 tahun itu pernah menerbitkan sebuah lagu sempena hari lebaran beberapa tahun lalu.

Bukan saja tak sedap, bahkan ibunya sendiri memberi komen jujur mengatakan nyanyian anaknya ‘sumbang dan tunggang-langgang’.

Iklan

Seorang sahabat Merak Jalanan berkata, orang Malaysia sudah cukup hiba, perit dan terseksa dengan Covid-19 dan PKP, janganlah tambah lagi azab derita yang sedia ada.

"Terimalah hakikat anda memang tiada bakat menyanyi. Kalau minat menyanyi sekalipun, menyanyilah untuk halwa telinga sendiri. Jangan tambah kemurungan rakyat Malaysia,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, dia pernah muncul dengan beberapa single yang turut menjadi sasaran kecaman netizen.

Peliknya, walaupun teruk menerima kecaman tetapi lagu-lagu nyanyian usahawan bergelar Datuk Seri itu tetap trending di media sosial.

Merak Jalanan tahu dia banyak duit tetapi adalah lebih baik duit yang ada itu digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Terimalah hakikat anda memang tidak boleh menyanyi. Sebaiknya kekal sahaja dalam bidang perniagaan.

"Biarlah orang yang bersuara sedap saja yang menyanyi. Aku sanggup diketuk sampai pengsan daripada dengar suara kepit tu,” kata seorang rakan lagi.

Bak kata Datuk Hattan dalam status di Facebook beliau,"Jangan jadikan nyanyian sumbang mambang marketing...itu melacurkan seni namanya...”

Merak Jalanan harap ada orang yang boleh menyedarkan usahawan berkenaan daripada lamunan.