Saksi dakwa SJMC enggan terima Muhammad Adib

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) didakwa enggan menerima Muhammad Adib ketika anggota bomba itu dibawa orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Saksi kesembilan Inkues Kematian Muhammad Adib, R Narresh berkata, sebaik tiba di Wad Kecemasan SJMC, kakitangan SJMC tidak respons.

Iklan
Iklan

"Dua kali mereka tanya mana ic (Mykad), kad bomba dan kad perubatan Muhammad Adib," katanya.

Bagaimanapun dia merayu kepada kakitangan itu untuk menerima Muhammad Adib.

Iklan

"Saya jerit pada dia:"Kalau you tak mahu tolong, nyawa dia terancam. Dia orang kerajaan dan kalau bangunan terbakar, bomba datang. Jadi tolonglah selamatkan dia," katanya.

Rayuan Narresh akhirnya berhasil apabila kakitangan SJMC bersetuju untuk menerima kes tersebut.

Iklan

"Dia cakap OK kemudian bawa masuk Muhammad Adib," katanya.

Selepas 15 minit kemudian, ada beberapa pegawai kanan bomba tiba dan bercakap dengan jururawat.

"Saya masih lagi memegang baju celoreng Muhammad Adib dan telefon bimbitnya.

"Ada anggota bomba tanya siapa yang jawab panggilan telefon, saya cakap tidak tahu.

"Bukan niat untuk menipu tetapi saya mahu serahkan semua barang kepunyaan Muhammad Adib kepada keluarganya," katanya yang menjawab soalan Pemeriksaan Utama Pegawai Pengendali Inkues Hamdan Hamzah.

Dia menyerah kesemua barangan milik Muhammad Adib kepada abang anggota bomba itu, Muhammad Asyraf yang tiba di hospital.

"Selepas doktor memaklumkan dia stabil sekitar jam 4.30 pagi, saya dan rakan-rakan yang lain pulang ke rumah," katanya.