Kebakaran Hospital Ibn al-Khatib: Menteri Kesihatan Iraq digantung tugas

Iklan
Kebakaran besar di Hospital Ibn al-Khatib yang berlaku pada malam Sabtu mengakibatkan sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan 110 cedera. - Foto: EPA

BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi pada Ahad memutuskan untuk menggantung tugas Menteri Kesihatan, Hassan al-Tamimi dan melancarkan siasatan mengenai kebakaran besar di Hospital Ibn al-Khatib di Baghdad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kenyataan pejabat media Al-Kadhimi, Perdana Menteri mengadakan sesi khas untuk membincangkan kejadian kebakaran tragis di hospital di timur Bagdad itu yang menyediakan rawatan untuk pesakit Covid-19 serius di unit rawatan rapinya.

Iklan
Iklan

Al-Kadhimi turut memutuskan untuk membentuk jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri, Abdul Ghani al-Asadi bagi menyiasat kejadian kebakaran dalam tempoh lima hari, dan mengenakan tindakan kepada petugas yang cuai, kata kenyataan itu.

Beberapa silinder oksigen meletup pada tengah malam Sabtu, mencetus kebakaran besar di Hospital Ibn al-Khatib, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh dan 110 cedera.

Iklan

Pasukan pertahanan awam dan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 90 pesakit dan pekerja kesihatan yang terperangkap. - Bernama

Iklan