Tindakan tegas harus diambil jika peguam, pemaju bersalah

Iklan
Rusuhan Kuil
KUALA LUMPUR - Polis perlu mengambil tindakan tegas andai insiden pencerobohan di Sri Maha Mariamman Isnin lalu didalangi oleh peguam seperti yang didedahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, pihak pemaju juga perlu diambil tindakan andai jika terbukti mereka yang mengarahkan peguam bertindak sedemikian.

"Jika benar peguam ini mengupah penyangak dan terlibat dengan gangsterisme yang telah mencetuskan kekecohan dan membawa kepada rusuhan, kecederaan dan hampir kehilangan nyawa, maka tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.

"Tindakan tegas juga perlu diambil kepada pemaju jika terbukti mereka yang mengarahkan peguam mereka bertindak sedemikian,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syarikat bayar gengster RM150,000? ]

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dalang di sebalik rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 26 November lalu adalah didakwa dilakukan oleh pihak peguam pemaju, One City Development Sdn Bhd.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju telah mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

Katanya, peguam syarikat pemaju itu juga menyerahkan RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan itu untuk tugas berkenaan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Majlis Peguam kutuk tindakan dua peguam ]

Majlis Peguam pula mengutuk dakwaan penglibatan dua peguam dalam insiden di Kuil Sri Maha Marimman itu.

Presidennya, George Varughese berkata, salah laku itu merupakan pelanggaran etika profesional yang serius.