Hospital Covid-19 terbakar: Angka korban meningkat kepada 90 orang

Iklan
- Foto AFP
KAHERAH - Angka korban akibat kebakaran hospital di Baghdad, Iraq meningkat kepada 90 orang, lapor Sputnik.

Sebelum ini kemas kini dari Kementerian Dalam Negeri Iraq menyatakan 82 orang maut dan 110 yang lain cedera.

Kebakaran pada pagi Ahad itu berlaku di sebuah hospital yang merawat pesakit Covid-19 dan dipercayai berpunca daripada letupan tangki oksigen.

Berikutan insiden itu, Menteri Kesihatan Hassan Al-Tamimi, ketua hospital dan beberapa pegawai digantung tugas bagi membolehkan siasatan ke atas mereka dilancarkan. - Bernama