JAKARTA - Jenazah kru kapal selam KRI Nanggala 402 akan dibawa ke Surabaya Jawa Timur.
Menerusi laporan Kompas, Ketua Angkatan Laut Laksamana Indonesia (KSAL), Yudo Margono mengatakan proses evakuasi dan bagaimana kaedahnya akan dimaklumkan kemudian.
"Proses evakuasi nanti akan ke Surabaya, atau sesuai permintaan keluarga kerana di Banyuwangi ini ada tiga orang juga," katanya pada sidang akhbar maya pada Ahad.
Yudo juga mengumumkan, kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam di perairan Bali pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia.
Bangkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.
Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.
Malah pihaknya memberitahu, terdapat beberapa bahagian KRI Nanggala 402 telah terbelah kepada tiga bahagian.
ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] KRI Nanggala 402 ditemui terbelah tiga
KRI Nanggala 402 tenggelam
Nasib 53 kru KRI Nanggala-402 masih belum diketahui