Singapura hantar empat tangki oksigen kriogenik bantu India

Iklan
Pada Sabtu, India menyaksikan peningkatan dalam kes harian Covid-19 dan kematian, dengan 346,786 jangkitan dan 2,624 lagi korban dilaporkan. - Foto Reuters

SINGAPURA - Syarikat pelaburan Singapura Temasek Holdings pada Sabtu menghantar empat tangki silinder oksigen kriogenik ke India berikutan masalah kekurangan oksigen yang serius dihadapi negara itu.

Temasek berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan syarikat portfolio SATS dan Suruhanjaya Tinggi India di Singapura untuk membantu mengangkut silinder oksigen kriogenik tersebut.

Iklan
Iklan

"Tangki oksigen yang disumbangkan oleh Tata Group diangkut oleh Tentera Udara India dari Lapangan Terbang Changi dan mendarat di Benggala Barat pada Sabtu malam," katanya di Facebooknya.

Temasek juga bekerjasama dengan Air India dan Amazon India News untuk mengangkut mesin oksigen, mesin ventilator BiPAP tidak invasif dan bekalan perubatan penting lain kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

Iklan

Kumpulan pertama bekalan perubatan tiba di Mumbai pada petang Ahad dan akan dibekalkan ke pelbagai hospital dan pusat rawatan Covid-19 di seluruh negara, katanya.

"Kami berbesar hati dapat menyumbang untuk membantu penduduk di India ketika mereka berperang dengan gelombang Covid-19 ini. Tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat," kata Temasek.

Iklan

Temasek mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsinya termasuk Temasek Foundation, ACT Grants, The Bajaj Group, Abhay Firodia Group, Star Agri, Thermax Limited dan Pune Platform for Covid-19 Response, berpusat di Dewan Perniagaan, Industri dan Pertanian Mahratta, Pune.

Pada Sabtu, India menyaksikan peningkatan dalam kes harian Covid-19 dan kematian, dengan 346,786 jangkitan dan 2,624 lagi korban dilaporkan, rekod global untuk hari keempat berturut-turut. - Bernama