Kes pecah rumah Ambangan Heights: 10 termasuk dua wanita direman

Iklan
Suspek direman selama enam hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.

SUNGAI PETANI - Seramai 10 individu termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes pecah rumah di Ambangan Heights Khamis lalu.

Perintah reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka berusia antara 20-an hingga 50-an tahun termasuk dua wanita berusia 24 dan 35 tahun ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Sungai Petani, Bedong dan Sungai Lalang sebelum ini.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan sekumpulan perompak melarikan barangan bernilai kira-kira RM50,000 dari sebuah rumah di Ambangan Heights.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penyamun datang semula selepas bawa lari barangan bernilai RM50,000

Dua wanita turut ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Ambangan Heights Sungai Petani Khamis lalu.

Antara barangan yang dirompak termasuk televisyen bersaiz 58 inci, mesin basuh berkapasiti 13 kilogram, dua buah peti sejuk, kipas angin, rantai perkahwinan, basikal, set sofa dan meja kayu cengal, meja dan kerusi kayu jati, perkakasan dapur seperti pinggan mangkuk, perhiasan rumah serta pakaian uniform kerja milik tuan rumah.

Iklan

Kumpulan itu bagaimanapun didakwa datang semula pada Selasa sebelum terserempak dengan pemilik rumah menyebabkan mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah lori dan motosikal.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan jenayah pecah rumah.