Buka Parlimen bentang, gubal RUU Gangguan Seksual

Iklan
WAN AZIZAH

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual perlu dibentang dan digubal dengan segera untuk rujukan pada masa depan.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu ugutan rogol terhadap seorang pelajar dari rakan sekelas di sebuah sekolah di Kuala Selangor perlu diberi perhatian serius.

Iklan
Iklan

"Isu ini memang serius dan didesak supaya tindakan segera menyusul. Tambahan pula mangsa itu masih dalam usia muda dan perlu mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696).

"Peristiwa ini hanya menekankan bahawa Parlimen perlu segera dibuka supaya RUU Gangguan Seksual dapat segera dibentang dan digubal menjadi Akta buat rujukan bagi kes sebegini pada masa akan datang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

Iklan

Pada Ahad, seorang pelajar mendedahkan mengenai lawak rogol seorang guru lelaki di sekolahnya Jumaat lalu.

Bapa pelajar itu kemudian mendedahkan anaknya menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya selepas membuat laporan polis berhubung tindakan guru lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Anak saya terima ugutan rogol'

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, media sosial menjadi tempat luahan dan perkembangan kes pelajar tersebut yang mendedahkan perlakuan atau ungkapan guru yang lucah dan berbahaya.

"Saya menghargai keberanian pelajar ini atas pendedahannya tetapi saya juga bimbang. Kebimbangan saya ternyata berasas apabila dia kini dilaporkan menerima ugutan rogol daripada rakan lelaki sekelasnya pula," kata beliau.