RAWANG - Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan tompokan seakan minyak di sepanjang aliran longkang sebelum pertemuan Kolam Tebatan di bawah seliaan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) di Sungai Gong di sini.
LUAS memaklumkan, pihaknya menjumpai tompokan minyak tersebut setelah siasatan dijalankan di kawasan Inlet Kolam Tebatan JPS pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak LUAS memasang ‘oil boom’ di kawasan tersebut sebagai langkah mitigasi awal sebelum tompokan minyak memasuki Inlet kolam terbabit dan tompokan terbabit tidak kelihatan pada permukaan aliran setelah ia dipasang.
"Hasil siasatan di bahagian hulu juga mendapati tiada aktiviti yang berkemungkinan dan berpotensi mencemarkan sungai.
"Skuad Pantas akan sentiasa bersedia dan akan melakukan lawatan susulan untuk semakan di lokasi berkenaan bagi memastikan tiada berlaku sebarang pencemaran sumber air Selangor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.