Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup

Iklan
Keadaan di ruang dapur selepas letupan gas memasak berlaku.

KUANTAN - Seorang lelaki selamat dalam kejadian letupan sebuah tong gas memasak di rumahnya di Taman Mega Ria, Gambang, di sini pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 54 tahun yang tinggal berseorangan itu dipercayai berada di dalam bilik dan tidak memasak.

Iklan
Iklan

"Letupan tersebut menyebabkan bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah dan bertaburan manakala bumbung dan siling di dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan," katanya pada Isnin.

Belia berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Iklan
Iklan

"Operasi melibatkan sembilan anggota bomba termasuk unit forensik dan menggunakan dua jentera pemadam kebakaran,” katanya.