KUANTAN - Seorang lelaki selamat dalam kejadian letupan sebuah tong gas memasak di rumahnya di Taman Mega Ria, Gambang, di sini pada pada petang Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 54 tahun yang tinggal berseorangan itu dipercayai berada di dalam bilik dan tidak memasak.