AirAsia Farm jadi pengedar rasmi Harumanis

Iklan
Pengurus Besar AirAsia Farm Sabah, Murain Shunmuganathan (kanan) mewakili AirAsia Farm melawat ladang Harumanis di Perlis.

KUALA LUMPUR - AirAsia Farm bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis sebagai pengedar rasmi mangga Harumanis.

Pengurus Besar AirAsia Farm Lalitha Sivanaser berkata, AirAsia Farm berbesar hati kerana diberikan peluang mengedarkan mangga Harumanis yang terhad dari Perlis itu ke seluruh negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkembangan itu merupakan satu lagi kejayaan AirAsia Farm selepas memperluaskan usaha dan sumber perkhidmatan e-dagang merentas sempadan terutama di Sabah sejak Jun tahun lalu.

Di samping itu, beliau berkata, AirAsia Farm turut menjalinkan jaringan pengedaran yang kukuh dengan pengeluar dan pengusaha produk segar tempatan di seluruh Malaysia.

Iklan

"Kami berharap dapat mengedarkan 10 tan mangga Harumanis tahun ini. Usaha ini juga untuk menyokong kempen ‘Harumanis Kembali Lagi’ oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Harumanis adalah sejenis mangga bermusim dari Perlis yang hanya dapat dituai setahun sekali antara April dan Jun.

Iklan

Mangga jenis ini kaya dengan Vitamin A, B, magnesium dan kalium dengan aroma harum dan rasa manis.

Beliau berkata, mangga yang hanya boleh didapati di Perlis itu akan tersedia secara eksklusif untuk pesanan dalam talian melalui platform e-dagang AirAsia: AirAsia Food dan AirAsia Fresh.

"Pelanggan di Lembah Klang boleh memesan melalui AirAsia Food manakala AirAsia Fresh menjadualkan penghantaran mereka.

"Tidak lama lagi di Pulau Pinang pelanggan dapat menerima pesanan mereka dalam masa satu jam selepas pembelian.

"Untuk pelanggan di Sabah, AirAsia Farm bekerjasama dengan Foodpanda untuk perkhidmatan pesanan dalam talian dan penghantaran di negeri itu. Semua pesanan boleh dibuat mulai 30 April 2021 di platform e-dagang yang dinyatakan," katanya.