Muhammad Afwa nama anak kedua Siti Nurhaliza

Iklan
Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.- Foto FB Siti Nurhaliza

HULU KLANG: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menamakan putera kesayangan yang genap tujuh hari pada Isnin dengan nama Muhammad Afwa.

Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.

Iklan
Iklan

"Hari ini, 26 April 2021 bersamaan 14 Ramadan 1442H,anakanda saya genap berusia 7 hari.

"Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

Iklan
Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.- Foto FB Siti Nurhaliza

"Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas,”katanya menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Siti selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi 19 April lalu.

Iklan

Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.