KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang masih belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik.
Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Sreenevasan dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.