Sultan Johor meriahkan sambutan Chap Goh Meh

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menyaksikan persembahan tarian singa. FOTO: FB SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri sambutan Chap Goh Meh anjuran Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Group 2019 di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim sekitar jam 12.30 tengah hari disambut oleh Naib Pengerusi Eksekutif IWH Group, Tan Sri Lim Kang Hoo dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Iklan
Iklan

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung serta Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menyertai Kang Hoo dan tetamu kehormat lain untuk bersama menggaul Yee Sang sebagai simbolik meraikan kedatangan tahun baharu.

Iklan

Selepas itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada penghuni beberapa rumah kebajikan yang dijemput hadir ke sambutan itu, sebelum berangkat ke meja santapan.

Baginda Tuanku berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 1.45 petang.

Iklan