Lee Kwang Soo sah tinggalkan 'Running Man'

Iklan
Lee Kwang Soo

BINTANG program realiti popular Korea Running Man, Lee Kwang Soo akan meninggalkan program realiti terbabit selepas 11 tahun bersamanya.

Menerusi laporan Soompi, perkara itu disahkan agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri dari Running Man SBS dan rakaman terakhir pada 24 Mei ini.

"Sukar untuk dia membuat keputusan tersebut, namun akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, dia masih menjalani rawatan pemulihan akibat kecederaan dialami.

Iklan

"Namun adakalanya dia berasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal dengan baik semasa penggambaran program realiti itu," menurut kenyataan itu.

Kwang Soo telah mengadakan perbincangan bersama staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut. Akhirnya membuat keputusan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental.

Iklan

"Kami mengucapkan terima kasih kepada anda (penonton) kerana telah memberi begitu banyak kasih sayang dan perhatian kepada Lee Kwang Soo di Running Man," katanya.

Difahamkan, Kwang Soo merupakan antara individu pertama yang menerajui Running Man sejak program itu disiarkan pada tahun 2010 malah mendapat jolokan 'Putera Asia' dek kerana populariti dan pengaruhnya yang begitu besar di luar Negara.

Kwang soo sudah menjadi tarikan utama untuk Running Man selain Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Haha dan Song Ji Hyo.

Beliau juga telah menerima Anugerah Bintang baru Popular dan pendatang baharu Terbaik dalam rancangan Aneka Ragam selama dua tahun berturut-turut 2010 dan 2011 di bawah anugerah SBS Entertaiment.