Tukang Jahit Kembar

Iklan

Tukang jahit pasangan kembar seiras Azahariduan Jusoh, 28, (kiri) dan Muhammad Azaharudin Jusoh, 28, menunjukkan sebahagian langsir yang ditempah pelanggan ketika ditemui di kedai milik mereka di Kampung Dewan Beta di Kota Bharu.

Pasangan kembar yang memiliki kedai jahitan itu bertungkus lumus sejak awal Ramadan bagi menyiapkan tempahan langsir milik pelanggan untuk sambutan Aidilfitri nanti.

Iklan
Iklan

Sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka menyertai kursus jahitan anjuran GiatMara Ketereh selama enam bulan dan membuka perniagaan sendiri dengan menyewa sebuah lot kedai di kampung tersebut pada 2015. - Foto Bernama