Dikompaun RM60,000 Neelofa terima dengan hati terbuka

Iklan
PU Riz, Neelofa

SELEBRITI terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menerima dengan hati terbuka berhubung keputusan kompaun berjumlah RM60,000 yang dikenakan kepada dirinya, suami dan ahli keluarga selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dalam satu kenyataan di Twitter rasminya turut menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN Neelofa, suami, ahli keluarga dikompaun RM60,000

Iklan

Menurut usahawan terkenal ini turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes terbabit.

"Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian," katanya.

Iklan

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suami Neelofa iaitu Muhammad Haris dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.