KUALA LUMPUR - Kutipan darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada minggu pertama Ramadan hanya 59 peratus, manakala kutipan di Suite Derma Darah Puspanitapuri Putrajaya hanya mencapai 32.8 peratus.
Jumlah ini membimbangkan kerana setiap 43 saat, satu beg darah diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.