Sultan Selangor mahu TLDM terus main peranan kawal kedaulatan negara

Iklan
Sultan Selangor mengabadikan gambar bersama Meriam Inggeris yang kini diletakkan di perkarangan Istana Alam Shah, Klang. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar anggota pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat terus memain peranan penting sebagai barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara ini daripada ancaman luar.

Baginda bertitah demikian menerusi kemaskini yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office pada Selasa bersempena dengan Hari Tentera Laut ke-87.

Iklan
Iklan

Sebagai kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Selangor turut bertitah agar warga 'The Navy People' terus kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas murni itu.

"Baginda juga berkenan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada setiap warga 'The Navy People' yang sentiasa komited dan bangga dalam mencurahkan khidmat bakti serta ketaatsetiaan yang tidak terhingga terhadap perkhidmatan TLDM serta negara," katanya.

Iklan
Iklan