Kantoi belakang kedai jadi 'port rahsia'

Iklan
Tujuh pelanggan yang berada di premis berkenaan turut ditahan dalam serbuan itu.

PASIR MAS - Taktik seorang pemilik kedai makan yang menjadikan kawasan belakang premisnya sebagai port rahsia untuk beroperasi melebihi jam 10 malam dan ke atas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya dihidu pihak berkuasa apabila diserbu oleh polis awal pagi Selasa.

Dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) jam 12.10 pagi itu, polis turut menahan tujuh pelanggan yang berada di premis berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pemilik premis tersebut telah dikompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika perlaksanaan PKP.

"Tujuh pelanggan yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang selepas gagal memakai pelitup muka.

Iklan

"Kesemua yang dikompaun itu berusia antara 19 tahun hingga 34 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati peniaga berkenaan turut menawarkan perkhidmatan menghisap sisha.

Iklan

Beliau berkata, tindakan kompaun itu bukan untuk membebankan masyarakat tetapi lebih kepada memberi kesedaran supaya patuh kepada SOP.

Mohd Nasaruddin berkata, pematuhan SOP itu selari dengan normal baharu yang telah dipraktikkan sejak bermulanya jangkitan Covid-19 di negara ini pada Mac 2020 tahun lalu.

Katanya, polis amat berharap masyarakat supaya lebih peka dalam aspek pematuhan SOP yang telah digariskan di bawah PKP.

"Polis menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya ternampak pelanggaran SOP.

"Langkah itu bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan dalam kalangan masyarakat," katanya.