SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih serius menangani isu kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang dilaporkan meningkat secara mendadak.
Menurutnya, kerajaan masih perlu memberikan perhatian walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 pada 21 April lalu.