Perkeso bantu mangsa kemalangan

Iklan
Zaini (kanan, dua) menyampaikan cek dan barangan keperluan kepada Zakiah, hari ini.

MACHANG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyampaikan cek faedah kepada seorang pekerja kontrak, mangsa kemalangan jalan raya yang terlantar di Kampung Takel Dalam, dekat Labok, di sini.

Pengarah Perkeso Kelantan, Zaini Abdul Latiff menyampaikan cek faedah hilang upaya sementara kepada Faizal Azira Ajib, 24, yang terlantar akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas mengalami kemalangan jalan raya di Kuantan, September lalu.

Iklan
Iklan

Zaini berkata, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menghubungi majikan Faizal Azira selepas kisah kesusahan keluarga itu disiarkan Sinar Harian pada akhir bulan lalu.

Tambahnya, majikan Faizal Azira diarah mendaftarkan perniagaan dengan pihak Perkeso dan melaporkan kemalangan yang melibatkan mangsa dengan segera bagi tindakan lanjut pihaknya.

Iklan

"Majikannya telah memberikan kerjasama baik dan kami juga membuat lawatan siasatan bagi melihat sendiri keadaan Faizal Azira.

Kes telah disahkan sebagai bencana kerja mengikut Seksyen 24(1)(A) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan dibaca bersama Seksyen 2(6) AKSP 1969," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Iklan

Katanya, dengan pengesahan tersebut, Faizal Azira layak menerima pelbagai faedah yang disediakan Perkeso termasuk faedah hilang upaya sementara sebanyak RM2,550.

"Faizal Azira juga layak menerima bantuan alatan pemulihan termasuk susu dan lampin pakai buang sebagaimana yang disyorkan oleh doktor," katanya.