Guru mengaku pukul murid, akui menyesal

Iklan
Polis sudah mengambil keterangan guru yang didakwa memukul murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Kuala Kedah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

ALOR SETAR - Polis sudah mengambil keterangan seorang guru yang didakwa memukul murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Kuala Kedah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan prestasi guru berkenaan sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat keputusan.

Wanita dakwa anak dipukul guru sebab tak siapkan kerja sekolah