Malaysia terus teroka peluang pertanian, makanan dengan Uzbekistan

Iklan
Ronald (kanan) ketika menerima kunjungan Ravshan di Wisma Tani, Putrajaya pada Isnin.

SHAH ALAM - Malaysia akan terus meneroka peluang kerjasama baharu dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan Uzbekistan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Uzbekistan merupakan rakan dagangan Malaysia di Asia Tengah yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hubungan baik bersama Uzbekistan menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh sebanyak RM115.03 juta dalam perdagangan pertanian bagi tempoh Januari hingga November 2020.

"Ini membabitkan nilai eksport perdagangan pertanian Malaysia ke Uzbekistan berjumlah RM145.97 juta dan nilai import berjumlah RM30.94 juta.

Iklan

"Produk eksport kebanyakannya adalah produk kopi, koko, teh, rempah dan buah-buahan, manakala produk import adalah sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Ronald menerima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov di Wisma Tani, Putrajaya.

Iklan

Pada perjumpaan itu, kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai aspek hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan dalam sektor pertanian dan industri makanan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Mohd Nasir Wassir.