SIBU - Operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) pandemik Covid-19 yang melibatkan tujuh zon dalam Daerah Sibu akan berjalan selama lima hari mulai 29 April hingga 3 Mei ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memaklumkan pelaksanaan ACD itu susulan peningkatan kes positif Covid-19 yang dicatat di daerah ini.