Tuchel tak puas hati

Iklan
Tuchel kecewa para pemainnya gagal mencari lebih banyak gol untuk aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara.

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel kecewa dengan persembahan para pemainnya walaupun The Blues berjaya mengikat Real Madrid 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Alfredo Di Stefano pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, walaupun The Blues berjaya meraih satu gol di tempat lawan, namun dia menegaskan pasukan kendaliannya itu seharusnya dapat menjaringkan lebih banyak gol terutama pada 20 minit pertama perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kami memulakan perlawanan dengan sangat baik dan penuh semangat serta kualiti. Kami berhak menang dengan banyak peluang dimiliki pada separuh masa pertama.

"Pasukan lawan pula tidak dapat banyak peluang dan kami juga tidak berikan ruang, tetapi meraka berjaya menjaringkan gol berpunca daripada gerakan sepakan penjuru.

Iklan

"Ini adalah keputusan yang mengecewakan. Kami sepatutnya tetap tenang dan tidak kehilangan fokus dengan membiarkan mereka jaringkan gol. Separuh masa kedua sangat taktikal, anda dapat melihat kami sedikit letih.

"Kami hanya mempunyai beberapa hari untuk pulih daripada perlawanan ini dan perlu melihat ke hadapan untuk aksi kedua nanti dengan menyedari bahawa kami memiliki kelebihan yang sangat tipis," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Christian Pulisic membuka tirai jaringan buat Chelsea selepas 14 minit perlawanan bermula sebelum karim Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-29.

Chelsea mendominasi perlawanan tersebut dengan pasukan tuan rumah hanya mampu melakukan satu percubaan ke gawang lawan pelawat, namun dominasi yang ditunjukkan pasukan gergasi England itu tetap gagal menembusi gawang Real.

Tuchel turut menjelaskan kegagalan Chelsea menjaringkan gol kedua walaupun mempunyai banyak peluang menyebabkan pasukan itu perlu bekerja lebih keras untuk aksi kedua di Stamford Bridge nanti.

"Kami bolos banyak atau sedikit bukanlah alasan dengan hakikat kami menentang pasukan yang mempunyai ramai pemain berkualiti. Saya rasa kami boleh menang seawal separuh masa pertama dalam perlawanan itu dan memastikan kami boleh menentukan hala tuju perlawanan," katanya.