Wanita UMNO nafi bertemu Ahmad Zahid, sokong Anwar

Iklan
Noraini Ahmad

SHAH ALAM - Dakwaan seorang pemimpin UMNO bahawa wujud pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Wanita UMNO bagi meminta menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebagai tidak berasas sama sekali.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, beliau bersama barisan Exco Wanita tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan Ahmad Zahid atas tujuan seperti yang didakwa oleh pemimpin tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya menafikan dakwaan bahawa wujud pertemuan antara Presiden dengan Wanita UMNO untuk tujuan itu.

"Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali. Saya minta pihak berkenaan tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Noraini berkata, media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa wujud gerakan mendapatkan tandatangan ahli Parlimen daripada UMNO bagi menyokong Presiden PKR sebagai perdana menteri.

Dakwaan tersebut disokong oleh Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Mohd Yassin yang memaklumkan Zahid juga telah mendekati sayap parti itu untuk memujuk mereka menyokong Anwar.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Pada 7 April, satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara, Ahmad Zahid dan Anwar didedahkan di media sosial.

Video tersebut dipercayai bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).