TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang pemandu lori yang membawa 4,200 paket tepung beras bernilai RM10,500 di Jalan Pak Keral di sini pada Rabu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepasukan anggota Batalion 7 PGA mengesan sebuan lori jenis Hi-Ace berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pak Keral, Tumpat dan berjaya menahan suspek berusia 52 tahun.