MELAKA - [DIKEMASKINI] Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM1,000 kepada penjawat awam manakala RM250 kepada pesara kerajaan di Melaka.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemberian bantuan khas itu membabitkan seramai 5,169 penjawat awam termasuk berjawatan kontrak dan pekerja petugas harian (PSH).
Iklan
Iklan
Menurutnya, bayaran itu akan dilakukan pada 6 Mei ini bersama pembayaran gaji penjawat awam atau sebelum raya bagi meringankan beban golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Keputusan ini dibuat setelah saya memperhalusi kebolehkeupayaan kita, seikhlas yang boleh kita berikan kepada penjawat awam selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan memerintah.
"Syukur alhamdulillah ia melegakan saya dan barisan Exco," katanya ketika ditemui pemberita ketika sidang akhbar khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Negeri, di Ayer Keroh pada Rabu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zaidi Johari.
Mengulas lanjut Sulaiman berkata, pemberian bantuan khas itu juga sebagai bukti kerajaan negeri begitu prihatin terhadap nasib rakyat khususnya penjawat awam yang terkesan akibat pandemik