Kanak-kanak bawah 12 tahun dibenar ke bazar Aidilfitri

Iklan
Dr Alias

KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negeri ini dibenarkan mengunjungi bazar Aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kelonggaran itu diberikan bagi memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak mereka mencari persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Iklan
Iklan

"Kanak-kanak dibenarkan untuk mengunjungi bazar Aidilfitri, namun ibu bapa perlu memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta dapat menjaga jarak fizikal bagi setiap pelanggan.

"Langkah itu bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19 kerana masih terdapat kes pandemik itu di negeri ini.

Iklan

"Kita juga akan sentiasa memantau situasi di setiap bazar Aidilfitri supaya semua pengunjung mematuhi SOP ditetapkan," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu

Menurut Alias, sebelum ini berlaku salah faham yang mengatakan bazar Aidilfitri tidak boleh dikunjungi kanak-kanak sedangkan larangan itu meliputi bazar Ramadan di seluruh negeri.

Iklan

"Larangan bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah sebelum ini tertakluk kepada kunjungan di bazar Ramadan sahaja memandangkan keadaan dan suasana di bazar Ramadan agak rapat dan kita bimbang golongan ini terdedah kepada jangkitan.

"Jadi, kita lihat tiada keperluan untuk kanak-kanak mengunjungi bazar Ramadan kerana hanya wakil keluarga lebih sesuai untuk membeli juadah bagi mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu larang budak bawah 12 tahun masuk bazar Ramadan