Pengurus kedai minuman terkejut dikompaun RM50,000

Iklan
Tangkap layar yang tular di media sosial menunjukkan anggota polis sedang memberikan kompaun kepada pelanggan di premis tersebut. Gambar kecil: Ammar Aiman menunjukkan salinan notis kompaun sebanyak RM50,000 yang dikenakan kepadanya.

KOTA BHARU - Seorang pengurus di Naskeen Coffee Cawangan Troika, di sini terkejut menerima notis kompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang bertugas di premis tersebut pada 21 April lalu.

Ammar Aiman Mat Yusof, 23, berkata, sejak menerima notis tersebut hidupnya menjadi tidak tentu arah setiap kali teringatkan peristiwa itu.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya saya terkejut dan terkilan dengan tindakan itu kerana polis mengeluarkan notis tanpa menyelidik atau menyoal perkara tersebut secara mendalam," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Naskeen Coffee dekat Pasir Tumboh pada Rabu.

Menurut pemuda itu, kompaun dikeluarkan atas namanya itu di bawah kesalahan tidak mengawal pelanggan mengimbas suhu dan aplikasi Mysejahtera serta pelanggan minum di atas meja.

Iklan

Katanya, jumlah kompaun itu sangat besar dan jika diberikan potongan sebanyak 50 peratus berkemungkinan besar masih tidak mampu untuk berbuat demikian.

Ammar Aiman berkata, semasa kejadian, ada dua pelanggan yang merupakan pasangan adik-beradik lelaki sedang menunggu tempahan mereka siap sambil duduk di atas kerusi dan dalam keadaan penjarakan fizikal.

Iklan

Dia berkata, kedua-dua pelanggan itu telah menikmati minuman yang telah dipesan terlebih dahulu semasa menunggu makanannya siap.

"Sekitar jam 9.30 malam, polis telah tiba di premis berkenaan dan menyuruh pelanggan terbabit kekal di tempat duduk asal.

"Polis kemudian telah bertanya sama ada mereka menggunakan aplikasi MySejahtera atau tidak.

"Kedua-dua pelanggan itu, mengakui mereka tidak mengimbas kod Mysejahtera tetapi mereka menulis kedatangan dalam buku log," katanya.

Ammar Aiman berkata, polis kemudian mengeluarkan satu notis kompaun RM1,500 kepada salah seorang pasangan adik beradik itu.

Sementara itu, Pemilik Naskeen Coffee, Nazif Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara tersebut.

Dia bagaimanapun risau pihak KKM masih belum dapat menentukan jumlah sebenar bayaran yang perlu dilunaskan.

"Saya amat berharap rayuan ini dapat dipertimbangkan oleh KKM.

"Hal ini kerana saya perlu membayar gaji 160 orang kakitangan yang sedang bertugas di 10 cawangan lain," katanya.

Menurutnya, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 16 April lalu perniagaannya merosot sebanyak 90 peratus melibatkan semua cawangan.

Katanya, dia terpaksa menutup sementara dua cawangan akibat PKP.

ARTIKEL BERKAITAN Peniaga colek pula dikompaun RM50,000

Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000