MPM pilih Noorul Ariffin, Noor Syahieda

Iklan
Noorul Ariffin

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) secara tidak rasmi memilih dua individu untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN Vietnam 2021 yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, mereka ialah Naib Presiden MPM, Noor Syahieda Mat Shah dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Iklan
Iklan

"Pengumuman rasmi akan dilakukan pada mesyuarat exco MPM selepas hari raya Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran MPM pada Selasa.

Pada 6 April lalu, Megat D Shahriman mengumumkan pelantikan bekas pegawai tentera Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN Vietnam 2021.

Iklan
Iklan

Temasya berkenaan dijadualkan berlangsung di Hanoi dari 17 hingga 23 Disember depan.