KUALA LUMPUR - Mempunyai hobi sememangnya menyeronokkan dan banyak manfaatnya. Saya juga mempunyai beberapa hobi tetapi yang yang ingin saya kongsikan dalam coretan saya kali ini ialah berkebun.
Sebenarnya ibu saya yang menyebabkan saya akhirnya jatuh cinta dengan hobi ini. Asalnya ibu saya mahu saya menanam beberapa batang pokok pisang di depan rumahnya. Payah juga hendak memenuhi kemahuan ibu saya kerana kawasan tanah untuk menanam pokok pisang itu dipenuhi semak dan pokok besar dan terdapat juga batu besar yang dibaluti dengan akar kayu. Kegiatan berkebun ini kemudiannya menjadi rutin hujung minggu.
Untuk kerja-kerja membersihkan tanah ini, saya membeli beberapa peralatan berkebun termasuk cangkul, pencakar dan penyodok. Beberapa batang cangkul patah kerana tanah yang keras tetapi semangat saya terus kental. Akhirnya saya berjaya membersihkan tanah yang penuh dengan semak, batu dan pokok yang hampir mati itu dengan bantuan pekerja sebuah dewan perbandaran tempatan.
Saya kemudiannya mendapat bantuan dua orang pekerja, saya menggali tujuh buah lubang dan mencari anak pokok pisang. Dengan bantuan saudara lelaki saya, saya berjaya mendapat beberapa batang anak pokok pisang dan terus menanamnya. Saya perolehi baja tahi lembu dari Sri Muda sementara tanah gambut dari tapak pembinaan di Klang. Hasilnya anak pokok pisang tumbuh segar.
Anak pokok pisang yang saya tanam itu daripada enam jenis. Seronok melihat anak pokok itu membesar. Setiap minggu saya akan mencabut rumput, dua kali seminggu meletak baja dan kemudian memindahkan anak pokok ke tempat lain. Hasilnya, lima dari enam batang pokok pisang menghasilkan buah pisang yang lebat. Ibu saya paling suka dengan hasil buah pisang ini begitu juga ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan. Bukan itu sahaja saya juga berjaya menanam pokok betik dan beberapa jenis sayuran yang semuanya mendatangkan hasil yang lumayan.
Bagi saya berkebun juga satu terapi yang boleh membantu mengatasi kemurungan. Apa yang anda perlu lakukan hanya biarkan tangan anda kotor dan menuai hasil dari tanaman anda sendiri. Apa yang menakjubkan saya sebagai seseorang yang baru berjinak-jinak dengan bercucuk tanam ialah kesan alam semula jadi ketika berada di kebun, sibuk mencangkul dan menggali tanah serta menuai hasil tanaman, ke atas diri kita. Penyelidikan mengenal pasti dua kimia penting yang akan meningkatkan sistem imunisasi dan menjadikan kita sentiasa dalam keadaan riang iaitu ‘serotonin’ dan ‘dopamine’.
‘Serotonin’ adalah kimia"gembira”, pencegah kemurungan semula jadi yang juga memperkuatkan sistem imunisasi manusia. Kekurangan serotonin di dalam otak akan menyebabkan kemurungan. Menurut penyelidikan, dengan membiarkan tangan anda kotor apabila melakukan kerja-kerja berkebun, ia dapat meningkatkan paras serotonin. Apabila tangan kita terkena tanah dan bakteria tanah tertentu iaitu Mycobacterium Vaccae, ini akan melepaskan serotonin di dalam otak kita.
Satu lagi kimia"gembira” yang dilepaskan ke dalam otak adalah ‘Dopamine’ iaitu ketika menuai hasil tanaman di kebun. Kimia ini akan dilepaskan menerusi pandangan dan bau juga tindakan kita memetik buah. Oleh itu, apabila kita melihat dan mengambil bau buah atau sayur-sayuran yang siap untuk dipetik, perasaan gembira ini mencetuskan pelepasan ‘dopamine’ di dalam otak, menjadikan anda seorang pekebun yang ceria.
Dalam hal ini, saya teringat semasa kita kecil, kita sering dimomokkan dengan anggapan bermain dengan tanah akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk alahan, penyakit lelah dan gangguan mental. Sekurang-kurangnya sekarang saya sudah dapat mengalami sendiri manfaat berkebun tanpa menggunakan sarung tangan dan tidak ragu-ragu lagi untuk mengotorkan tangan saya memegang tanah. Pengalaman membersihkan tanah yang penuh dengan semak menjadikan tapak tangan saya kasar tetapi saya tidak kisah. Semasa di gimnasium tak banyak pun saya menggunakan tapak tangan saya. Meskipun dibasahi keringat berkebun di bawah terik matahari, aktiviti ini amat menyeronokkan bagi saya. Hasil lumayan dari kebun bukan sahaja membuatkan ibu saya amat berbangga dengan kejayaan saya tetapi memberi galakan kepada jiran ibu untuk mengusahakan juga tanah mereka. Menerusi usaha berkebun ini saya mula mengenali ramai jiran tetangga ibu sehinggakan ada juga yang sudi menghulurkan batang pokok ubi untuk saya tanam di kebun kami.
Bermula daripada hanya menanam pokok pisang, saya berjaya menanam betik dan sayur-sayuran seperti kacang bendi dan terung.
Bagi mereka yang berhasrat untuk berkebun, mulakanlah. Anda mungkin tinggal di pangsapuri, kondominium atau rumah teres tanpa tanah untuk berkebun. Itu bukan alasannya untuk tidak melakukan aktiviti ini. Anda boleh buat"kebun takungan” dengan menanam sayur dalam takungan lama. Sayur-sayuran seperti cili dan terung senang tumbuh dan membesar. Cuma pastikan setiap hari cukup cahaya matahari dan air. Letak baja sebulan sekali. Pasti anda juga boleh menikmati hasil tuaian daripada titik peluh sendiri dan dapat berkongsi dengan jiran serta ahli keluarga.
Meskipun saya terpaksa menanggung sakit badan setiap kali selesai sesi berkebun, namun ia tidak membuatkan saya berhenti daripada berkebun. Hobi ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya sekarang. Berkebun bukan sahaja kegiatan yang menyihatkan tetapi menjadikan saya tidak sabar-sabar menunggu masa santai saya untuk melakukannya. Benarlah kata orang berbudi dengan tanah tiada ruginya, jadi apa tunggu lagi, jom berkebun!