Jangan ada pilih kasih SOP Aidilfitri

Iklan
Rata-rata rakyat berharap pelaksanaan SOP Aidilfitri tidak bersikap double standard atau pilih kasih. (Gambar hiasan - Foto Bernama)

PADA Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaklumkan perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Arahan itu selaras dengan status baharu PKP Bersyarat (PKPB), Pemulihan (PKPP) dan Diperketatkan (PKPD) bagi negeri-negeri terlibat yang berkuat kuasa dari 29 April hingga 17 Mei ini.

Iklan
Iklan

Ketika ini, lima negeri – Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak masih kekal dengan status PKPB, manakala Sabah bertukar status daripada PKPP kepada PKPB.

Tujuh negeri – Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu selain Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dikekalkan status PKPP.

Iklan

Kelantan pula masih kekal dengan status PKP apabila kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri berkenaan – Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang menunjukkan kadar jangkitan kes Covid-19 yang masih tinggi.

Dengan pengumuman tersebut, ia bermakna buat tahun kedua berturut-turut, umat Islam sekali lagi akur dengan arahan pihak kerajaan tidak dapat ‘balik kampung’ untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 Mei nanti.

Iklan

Walaupun majoritinya berat hati terpaksa beraya berjauhan daripada ibu bapa tersayang mahupun sanak saudara terdekat, mereka tetap 'pasrah dan reda’ menerima arahan terbaharu kerajaan itu dengan hati terbuka.

Selepas tanda tanya mengenai status ‘balik kampung’ sempena Hari Raya Aidilfitri sudah terjawab, kini yang menjadi persoalan bagi mereka – prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang dijangka diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, timbul khabar angin kerajaan turut melarang perjalanan rentas daerah termasuk mengetatkan beberapa SOP lain seperti menunaikan solat Aidilfitri, aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi tanah perkuburan.

Biarpun belum ada kata putus, rata-rata mereka berharap pelaksanaan SOP tidak bersikap double standard atau pilih kasih.