SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru umat Islam menghayati dan mengambil iktibar peristiwa turunnya kitab suci al-Quran.
Baginda berdua bertitah demikian menerusi kemaskini yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut tanggal 17 Ramadan pada Khamis.