Budak tiga tahun cedera ditimpa pagar besi

Iklan
Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan detik pagar berwarna biru itu menimpa Bella sebelum dia menjerit kesakitan pada 22 April lepas. - Foto Newsflare via AP

HATYAI - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas ditimpa sebuah pagar besi.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Bella, dilaporkan sedang menutup pagar rumah datuknya di Hat Yai apabila ia tiba-tiba terkeluar daripada landasan lalu jatuh ke atasnya.

Iklan
Iklan

Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) menunjukkan detik pagar berwarna biru itu menimpa Bella sebelum dia menjerit kesakitan pada 22 April lepas.

Datuknya, Sathit, 50, bergegas membantu kanak-kanak tersebut yang dilihat terus bangun daripada bawah pagar itu.

Iklan

Ibu mangsa, Methita May berkata, anaknya itu hanya terluka di bahagian dagu akibat terjatuh ke tanah.

"Kami sangat bernasib baik anak saya tidak mengalami kecederaan serius.

Iklan

"Kami bergegas ke hospital supaya doktor dapat memeriksa dia dengan lanjut.

"Kami akan memasang kunci keselamatan bagi memastikan pagar itu tidak akan jatuh lagi," katanya. - Astro Awani