Jururawat antara 23 kes baharu Covid-19 di Singapura

Iklan

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 23 kes baharu Covid-19 pada Rabu, melibatkan seorang jururawat di Tan Tock Seng Hospital (TTSH).

Menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu memaklumkan berikutan pengesanan kes tersebut, TTSH telah menutup wad yang terjejas dan melakukan ujian ke atas pesakit dan kakitangan yang berada di wad.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kami mengesan empat lagi kes yang telah diuji positif awal untuk jangkitan Covid-19 termasuk seorang doktor dan tiga pesakit yang dirawat di wad yang sama,” menurut kementerian itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, MOH berkata, semua petugas yang merawat pesakit yang dijangkiti serta pelawat, pesakit dan kakitangan yang bekerja di wad itu akan dikuarantin.

Iklan

Jururawat berusia 46 tahun itu merupakan warganegara Filipina, menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Januari dan dos kedua pada 18 Februari.

Daripada 23 kes baharu tersebut, tiga berada dalam komuniti, 20 lagi kes import manakala tiada kes di asrama pekerja asing menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sini kepada 61,086.

Iklan

Setakat ini, kementerian telah mengklasifikasikan 2,353 daripada kes yang dilaporkan sebagai komuniti, kes import (4,217) dan 54,516 melibatkan penghuni asrama.

Secara keseluruhan 60,718 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan rawatan komuniti.

Terdapat 112 kes yang disahkan pada masa ini masih berada di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sebanyak 226 orang yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan rawatan komuniti.

Setakat ini, 30 orang telah meninggal dunia di republik ini berikutan komplikasi akibat jangkitan Covid-19 dan Singapura mempunyai enam kluster Covid-19 pada masa ini. -Bernama