MBSJ kutip sampah pukal percuma menjelang Syawal

Iklan
Kenyataan MBSJ pada Isnin. Gambar kecil: Azfarizal

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma kepada semua penduduk di perumahan teres di kawasan pentadbiran MBSJ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan tersebut dilaksanakan bermula Isnin sehingga 10 Mei 2021 oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kutipan tersebut hanya melibatkan sampah pukal seperti tilam, perabot lama, barangan elektrik lama dan tidak termasuk sampah ubah suai rumah, pindah rumah serta barang kitar semula.

"Permohonan boleh dikemukakan terus kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd bermula Isnin sehingga 7 Mei 2021 melalui talian 03-80814437 atau aplikasi WhatsApp di 011-35584437. Tarikh kutipan bermula Isnin sehingga 10 Mei 2021.

Iklan
Iklan

"Keutamaan akan diberikan kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MBSJ dan perkhidmatan ini tidak akan dilaksanakan selepas tarikh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.