SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Malaysia ketika ini ketinggalan dari segi ekonomi sedangkan negara lain sedang mengalami pemulihan daripada impak pandemik Covid-19.
"Malaysia sedang ketinggalan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Lain-lain pasaran saham dunia sedang merekod tahap paling tinggi dalam sejarah tapi pasaran Malaysia masih suram.