Samun dalam lif MRT: Polis kenal pasti suspek

Iklan
Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis mengenal pasti identiti lelaki yang membelasah dan menyamun seorang wanita di lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis sudah mempunyai maklumat peribadi termasuk di mana lelaki itu tinggal.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu merupakan warga tempatan dan kita kini sedang giat memburunya.

"Namun maklumat lain tentang lelaki itu buat masa ini tidak akan didedahkan kepada umum, biarkan kita tangkap dia dulu," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Iklan

Mazlan menambah, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan turut menyamun rokok di sebuah kedai serbaneka berhampiran stesen MRT tersebut yang jaraknya sekitar 500 meter.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu berada dalam lif stesen MRT Taman Cheras bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.

Iklan

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN :

Wanita trauma dibelasah disamun

RM10,000 ganjaran tangkap suspek belasah dalam lif MRT