Bersatu bakal jadi UMNO 3.0

Iklan
Hamidah bersama Azrul Suhadi pada sidang media di rumahnya, di sini.

BATU GAJAH - Bersatu dijangka akan menjadi UMNO 3.0 berdasarkan penerimaan bekas wakil rakyat BN ke dalam parti itu.

Bekas Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, tindakan membubarkan beberapa jawatankuasa Bersatu di Perak juga dilihat salah satu usaha untuk melantik bekas-bekas pemimpin UMNO ke dalam bahagian-bahagian tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, bukan sahaja di Perak, perkara ini sedang berlaku di beberapa bahagian seluruh negara dengan mengetepikan ketua-ketua bahagian awal yang dilantik.

"Saya sebenarnya tidak terkejut pun jika pimpinan yang ada sekarang diganti dengan bekas pemimpin UMNO seperti Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilantik sebagai ketua bahagian di kawasan masing-masing.

Iklan

"Ini merupakan satu proses untuk menjadikan Bersatu sebagai UMNO 3.0 dengan membawa masuk lebih ramai pemimpin UMNO ke dalam parti itu," katanya dalam satu sidang media khas di rumahnya di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Desak Ahmad Faizal letak jawatan

Hamidah berkata, lebih malang lagi ketua-ketua bahagian yang disingkirkan melalui pembubaran jawatankuasa itu tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana Bersatu masih di peringkat jawatankuasa penaja.

Iklan

Katanya, selepas ia ditubuhkan, tiada sebarang mesyuarat agung dibuat untuk membolehkan pemilihan parti diadakan supaya jawatankuasa parti dapat dipilih.

"Saya pelik kenapa Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih membiarkan Bersatu berjalan dengan jawatankuasa penaja sedangkan ia sudah lama ditubuhkan.

"Sepatutnya kena ada pemilihan parti untuk lantik jawatankuasa tetap. Kenapa pucuk pimpinan parti memilih untuk terus di tahap jawatankuasa penaja?," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, bekas Ketua Pendaftar Bersatu Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar.

Hamidah berkata, penyingkiran ketua-ketua bahagian di Perak disifatkan tidak wajar kerana kebanyakan mereka merupakan penggerak asal Bersatu Perak.

Katanya, setelah mereka berhempas pulas menghidupkan Bersatu Perak, ada pihak yang bertindak menyingkirkan dengan cara seperti itu.

Beliau berkata, pimpinan Bersatu di peringkat pusat tidak sepatutnya berdiam diri kerana pendedahan yang dibuat beberapa ketua-ketua bahagian Bersatu itu memberikan imej tidak baik kepada parti kerajaan.