GPMS minta daftar pemilih dilakukan secara automatik

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta semua pihak termasuk kerajaan dan parti politik di negara ini agar melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik seiring dengan pelaksanaan Undi 18.

Presiden GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor berkata, ia sebagai langkah yang adil kepada lebih empat juta rakyat Malaysia berusia lebih 21 tahun dan tidak berdaftar sebagai pemilih.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, GPMS menyambut baik keputusan Mesyuarat Kabinet pada Rabu yang memberikan jaminan bahawa Undi 18 akan dilaksanakan.

"GPMS berharap agar komitmen ini dilaksanakan dengan sebaiknya dan seikhlasnya di peringkat kerajaan kerana kita tidak mahu lagi ada sebarang u-turn atau perbezaan pandangan mengenai Undi 18 dalam kalangan Jemaah Menteri yang mengelirukan belia dan rakyat seperti yang berlaku sebelum ini.

Iklan

"Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kerana konsisten dengan ketetapan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 2019 dan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet untuk diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Justeru, beliau berharap agar janji Undi 18 dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan berhemah agar hak demokrasi serta suara anak muda bagi menentukan masa depan mereka dapat dijamin dengan baik.

Iklan