SOP Covid-19: Pusat hiburan, 134 pengunjung dikompaun

Iklan
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di ibu negara dan mengeluarkan tindakan kompuan ke atas pengunjung dan premis atas kesalahan ingkar SOP Covid-19, pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan di ibu negara dan 134 pengunjungnya dikenakan tindakan kompaun dalam Operasi Khas Pematuhan SOP Covid-19 pada Rabu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, operasi yang diketuainya bermula jam 9.40 malam itu dijalankan dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Dang Wangi.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 134 kompaun telah dikeluarkan terhadap 79 lelaki dan 55 wanita di premis terbabit.

"Satu kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis pusat hiburan itu atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Katanya, operasi ini akan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan SOP Covid -19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.

Iklan