SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memanggil sidang khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara (Negeri Selangor) pada Jumaat (esok) susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.
Menerusi ciapan di laman Twitter pada Khamis, Amirudin memaklumkan, sidang khas itu bertujuan meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini.